Monday 2 April 2012

Nenek 86 tahun Menjadi Ahli Gimnastik

Hari ini saya ingin mendedahkan berita bahawa usia bukanlah satu faktor penghalang buat kita untuk melakukan sesuatu. Seorang wanita tua yang bernama Johanna Quaas, 86 iaitu berasal dari Halle, Saxony menunjukkan kebolehannya dalam bidang gimnastik.




Pernah menjadi anggota skuad olimpik dalam sukan bola baling semasa usianya muda, nenek itu telah melakukan kejutan kepada orang ramai apabila dia tampil melakukan aksi ‘mudanya’ dengan melakukan gimnastik semasa kejohanan Cottbus World Cup 2012 di Jerman baru-baru ini.

Walaupun memulakan aktiviti sukan gimnas di usia yang agak lewat iaitu ketika berumur 30 tahun, Johanna tidak meletakkan itu sebagai halangan utama baginya untuk terus menunjukkan kebolehan sukan itu.

p/s : Boleh tahan juga nenek ni yerk...hehe

0 comments:

Post a Comment