Sunday 1 April 2012

Malaysia Gagal Lagi????


KEDUA-DUA skuad negara, Malaysia Tigers dan Malaysia Leopards, gagal ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Axiata setelah kalah pada lawan masing-masing di saingan separuh akhir kedua hari ini.
Tigers, yang diwakili perseorangan Liew Daren dan Mohd Arif Abdul Latif serta beregu Goh V. Shem/Lim Khim Wah, tunduk pada Indonesia Garuda 0-3 di Stadium Badminton Cheras di sini, malam ini.

Di Britama Arena Sports Mall, Jakarta, petang tadi, pertembungan antara barisan muda Malaysia (Leopards) dan Indonesia (Rajawali) turut menyaksikan kekalahan 0-3 pasukan negara kepada republik itu.
Jurulatih perseorangan kebangsaan Rashid Sidek mengakui beliau tidak berpuas hati dengan pencapaian skuad Tigers yang disasarkan untuk menempah tiket ke final.

"Kita sebenarnya menjangkakan kita boleh melakukan lebih baik hari ini setelah kalah pada separuh akhir pertama Jumaat lalu, tapi Indonesia memberi tandingan yang lebih kuat hari ini," katanya kepada media selepas perlawanan.

Kecewa dengan kekalahan itu, beliau berkata, barisan pemain yang diturunkan kali ini adalah 'masa depan' badminton Malaysia dan beliau berharap mereka dapat mempelajari sesuatu daripada kejohanan yang julung kali diadakan itu.  

Garuda akan bertemu Rajawali pada perlawanan akhir kejohanan itu iaitu pada 14 dan 15 April ini di Jakarta.
Pada perlawanan di Kuala Lumpur, Liew yang turun sebagai perseorangan pertama Tigers tidak berjaya menandingi pemain ranking kesembilan dunia Simon Santoso apabila tumpas 11-21, 14-21.

Goh dan Lim, meskipun memberi saingan hebat kepada gandingan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan terpaksa akur dengan kekalahan 22-24, 20-22, manakala Mohamad Arif mudah diketepikan bekas juara dunia Taufik Hidayat 10-21, 7-21.

Sebelum itu pada saingan di Jakarta, perseorangan pertama Leopards Misbun Ramdan Misbun gagal menyerlah apabila dikecewakan Tommy Sugiarto 15-21, 21-17, 21-13.

Beregu negara Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat pula tewas pada Rian Agung Saputro dan Angga Pratama 19-21, 21-23 manakala perseorangan kedua Leopards Iskandar Zulkarnain dikalahkan Dionysius Hayom Rumbaka 21-14, 17-21, 19-21 - Sinar Harian

p/s : Admin harap Piala Thomas dapat la Malaysia bawak balik... Go Go Malaysia!!!!

0 comments:

Post a Comment