Sunday 1 April 2012

Kena Denda RM25 Jer????


Malaysia lagi sekali digegarkan oleh surat khabar KOSMO! yang menyiarkan penari tiang melayu di negara kita ini cuma di denda RM 25??? Apakah yang berlaku pada undang2 negara ini??? Jom kita sama2 baca artikel ini.....
YAN - Hukuman ringan ke atas pesalah kes-kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman itu saja, tetapi pada keperluan memberi kaunseling pada pesalah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Agama Islam Negeri wajar mengambil pendekatan memberi kaunseling kepada mereka yang terlibat kegiatan yang merosakkan moral dan maruah diri supaya dapat dijadikan pengajaran.

Beliau mengulas isu denda RM25 dikenakan Mahkamah Majistret Seremban terhadap tiga wanita beragama Islam yang melakukan aksi menari tiang baru-baru ini.

"Harapan kita masyarakat umat Islam tidak terjebak dalam perkara seperti ini," kata Jamil kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap dekat sini.

Khamis lepas, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan
melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada 24 Mac.

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari. -Sinar Harian

Ini pulak di Kelantan. Barangsiapa yang tidak menutup aurat akan didenda oleh penguatkuasa sebanyak RM500. Jom kita baca selanjutnya....

Penguatkuasaan Denda RM500 Dikenakan Jika Tidak Menutup Aurat di Kelantan
 
KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
 Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

 Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).



Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.
Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat - Kosmo

p/s: Korang boleh lihat perbezaan antara dua fenomena ini. Korang baca dan korang nilai bagaimana hukuman yang dilaksanakan di Malaysia ini adil ke tidak. Fikir2kan lah....


0 comments:

Post a Comment