Friday 6 April 2012

11 Cara Mudah Dapat Duit Dengan Cabaran PPL

Salam sume. Sekarang saya ingin terang program PPL(Pay Per Lead). Okeh sekarang cabaran pay per lead(ppl) yang dianjur oleh abg affendi hussin telah dibuka semula dan kali ini beliau menawarkan ganjaran yang lebih lumayan iaitu RM10000 berbanding cabaran sebelumny yang hanya RM3000.sebelum bermula anda harus mengetahui serba sedikit tentang pay per click ini.barulah anda bersemangat untuk menyahut cabarah ini kn?..hehehehe


1.tidak memerlukan sebarang modal
2.tiada sebarang risiko kerugian
3.anda akan dibayar dengan harga lumayan keatas setiap org yang telah anda lead

persoalan yang biasa ditanya tentang cabaran ini:

Kenapa dia nak bayar kita padahal kte cuma buat referal saje .dhla xperlu modal ape2.boleh cye ke neh?
okeh saya percaya asudah pastinya ayat diatas sedang berlegar-legar di benak fikiran anda sekarang kn?..haha

Oleh itu disini saya akan menerangkan kepada anda mengapa abg affendi husin sanggup menghabiskan duitnya(RM10000) sebagai habuan ahli yang menyertai cabaran pay per lead ini.

1:kita akan membuatkan website dy mempunya lebih ramai subscriber

2:abg affendi neh sbnarnye jual product dkt website dy.so kalau rmai member peratusan product terjual bertambah kn?

3:apabila abg affendi membuat cabaran ppl neh, secara automatiknya website beliau akan lebih terkenal lagi-lagi dlm masa yang singkat,so abg affendi x perlu menghabiskan duit menggunakan google adwords untuk mengiklankan site


okeh tanpa membuang masa lagi disini saya akan membimbing anda dengan tutorial bergambar yang jelas l ini.

hanya follow up step 1-11 .


 
1. Klik di sini untuk dapatkan sekarang
 


2. Close tab anda


3. Anda akan mendapat pop out seperti ini .
tekan stay on this page


4.  Isi dua tempat kosong itu


5.  Login ke emel anda dan sahkan emel anda


6. Selepas mengesahkan emel, anda akan mendapat emel
 baru dari affendi hussin, klik emel itu


 7.  Link td akan membawa anda ke page download
laporan percuma.sila download laporan itu


8. Open laporan yang telah dimuat turun dan pergi ke
page 17 dan lihat link yang diberi


                                 9. Refer pada link paga page 17 laporan rm50.pdf diatas
dan daftar di website itu


10. Isi semua tempat kosong tanpa was-was kerana
               maklumat anda tidak akan dijual kerana abg affendi ini
     menjual ebook dan bukannya maklumat anda :)


11. Promosikan link anda dan anda akan dibayar RM1
bagi setiap lead.


p/s : Buku laporan yang dimuat turun tadi amat berguna untuk cara-cara untuk mempromosikan link.Anda boleh baca untuk keterangan lanjut... Ia tidak memerlukan sebarang modal... Selamat Mencuba!!!!


Lihat video ini untuk keterangan lanjut......

Tuesday 3 April 2012

Ditahan setelah memberi teman wanitanya "Sotong Kurita Hidup"



3 April 2012 - Seorang warganegara Korea Selatan telah ditahan kerana dikatakan membunuh teman wanitanya yang pada mulanya dipercayai telah tidak sengaja sesak nafas ketika makan satu  sotong kurita yang hidup, kata seorang pendakwa.

Selepas satu siasatan sampai berbulan-bulan, suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Kim secara rasmi ditahan untuk pembunuhan pada Jumaat lepas,berkata pendakwa Lee Geon-Tae di bandar raya Incheon, barat Seoul.

Kim akan dituduh di dalam 10 hari berikutnya, katanya.

"Dia masih menafikan tuduhan. Kami percaya bukti cukup telah dikutip untuk mendakwa dia," pendakwa kata tanpa menghuraikan.

Kim,31 mendaftar masuk ke motel Incheon dengan teman wanitanya pada April 2010 selepas membeli dua sotong kurita hidup dari sebuah restoran tempatan.

Lelaki itu kemudian memanggil penerimaan mengatakan teman wanitanya telah runtuh dan berhenti bernafas selepas memakan salah satu sotong terbabit. Dia telah dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia 16 hari kemudian disebabkan kerosakan otak.

Keluarganya pada mulanya percaya wanita berumur 24 tahun nama keluarga Yoon sesak nafas selepas satu tentakel telah didapati tersangkut dalam kerongkongnya. Badannya kemudian dibakar.

Tetapi bapa Yoon kemudian didapati anak perempuan telah mendaftar diri untuk satu insurans seumur hidup seminggu sebelum kematiannya, dengan Kim sebagai pewarisnya.

Cerita akhirnya diketahui setelah satu stesen TV tahun lepas menyiarkan satu temubual dengan bapa, yang pada September 2010 telah meminta pendakwa menyiasat Kim.

Polis Incheon membuka semula kes dan mempersoalkan Kim, yang mendapat 200 juta ($189,400) dalam wang insuran tetapi menafikan sebarang pembabitan dalam kematian Yoon.

Polis berkata terdahulu mereka mengesyaki Kim mungkin telah menyumbati sotong kurita ke dalam kerongkong Yoon atau menutup mulut dia dengan lain objek seperti sebiji bantal.

Nakji, satu sotong kurita kecil asli untuk perairan orang Korea dan Cina, ialah satu makanan istimewa Korea dengan orang menelan bahagian-bahagian yang masih berkeruit-keruit.


p/s : Macam2 dunia sekarang buat demi duit……

Monday 2 April 2012

Gelagat Haiwan Yang Pelik (11 gambar)


Di sini saya ingin tunjuk gelagat2 haiwan yang pelik di sekitar kita semua.....






































p/s : Pelik juga kelakuan kucing ni kan.. Comel jer :-)

Nenek 86 tahun Menjadi Ahli Gimnastik

Hari ini saya ingin mendedahkan berita bahawa usia bukanlah satu faktor penghalang buat kita untuk melakukan sesuatu. Seorang wanita tua yang bernama Johanna Quaas, 86 iaitu berasal dari Halle, Saxony menunjukkan kebolehannya dalam bidang gimnastik.




Pernah menjadi anggota skuad olimpik dalam sukan bola baling semasa usianya muda, nenek itu telah melakukan kejutan kepada orang ramai apabila dia tampil melakukan aksi ‘mudanya’ dengan melakukan gimnastik semasa kejohanan Cottbus World Cup 2012 di Jerman baru-baru ini.

Walaupun memulakan aktiviti sukan gimnas di usia yang agak lewat iaitu ketika berumur 30 tahun, Johanna tidak meletakkan itu sebagai halangan utama baginya untuk terus menunjukkan kebolehan sukan itu.

p/s : Boleh tahan juga nenek ni yerk...hehe

Sunday 1 April 2012

Pelajar Tahfiz Kantoi Jual CD???


KUANTAN - Sanggup merentasi ratusan kilometer dari Utara, seorang remaja bawah umur sanggup menebalkan mukanya meraih simpati menjual cakera padat (CD) agama di hadapan premis bank di bandar ini sejak dua hari lalu demi membantu anak yatim.

Remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai berasal dari Yan, Kedah mendakwa dirinya pelajar tahfiz di Alor Setar, Kedah ditemui ketika berlegar-legar menjual CD terbabit di hadapan sebuah premis bank terkenal di Jalan Bukit Ubi, di sini, semalam.

Dengan membawa CD tersebut, remaja itu menyapa pengguna bank terbabit dan menyerahkan resit tertera nama pusat tahfiz tersebut pada mereka yang membelinya.

Mendakwa hasil jualan CD terbabit untuk didermakan pada anak yatim dan golongan memerlukan, remaja itu memberitahu, dia dan 12 rakannya dihantar tenaga pengajar mereka ke premis bank berlainan setiap hari.
Menurutnyanya, dia dihantar ke premis bank terbabit pada jam 1 petang dan dijemput kembali oleh tenaga pengajarnya pada jam 5 petang dan mereka ditempatkan di sebuah rumah di Beserah di sini.

“Pada waktu pagi, kami akan belajar bersama-sama dan petangnya kami membuat aktiviti ini dan saya sudah biasa melakukannya sejak kecil. Sebelum ini saya ke Kuala Lumpur selama dua minggu dan antara destinasi yang sudah dikunjungi termasuklah Kelantan, Johor Bahru.

“Saya sudah lali dengan kerja sebegini dan mula memasuki pusat tahfiz ini sejak berusia 7 tahun dan tiga lagi adik-beradik turut belajar sama,” katanya.

Ditanya hasil jualannya, dia mendakwa boleh memperolehi hingga RM100 dan bergantung pada nasib dengan menjual CD terbabit sebanyak RM20 sekeping.

Katanya, tugas tersebut dijalankan dengan sukarela dan memberitahu tidak takut ketika berhadapan orang ramai.

Ditanya sama ada dia tidak cemburu melihat rakan sebaya dapat bersama keluarga dan rakan lain, remaja itu memberitahu, dia tidak cemburu malah yakin dengan aktivitinya itu adalah tugas mulia membantu mereka yang memerlukan.

Sementara itu, dua Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang dan Norbaini Abu Bakar memberitahu, mereka menemui remaja itu ketika berkunjung ke bank tersebut kira-kira jam 3 petang.
Norbaini berkata, sebelum itu dia ada melihat remaja terbabit di hadapan premis bank lain di Jalan Beserah di sini dan menjelaskan tinda-kan tersebut melanggar undang-undang kerana di bawah umur dan tidak memiliki surat kebenaran.

“Atas kesedaran, kita menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menyerahkan remaja ini pada pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, kakitangan JKM yang menahan remaja itu tidak dapat mengulas lanjut namun memberitahu, remaja terbabit akan diletakkan di sebuah rumah perlindungan di sini sebelum menunggu siasatan sepenuhnya dijalankan. -SINAR HARIAN


PTPTN sudah hendak dihapuskan????





Seperti yang kita ketahui PTPTN ini sudah menjadi popular di kalangan mahasiswa2 di mana2 pusat pengajian sama ada swasta atau kerajaan. Kita pun sudah tahu hari2 di surat khabar tentang blacklist nama peminjam yang tidak membayar pinjaman ini. Manakan tidak pinjaman ini telah mengambil untung dari pinjaman seperti pinjaman bank walhal pinjaman ini adalah untuk mahasiswa2 bagi melanjutkan pelajaran. Admin rasa memang patut PTPTN ini dihapuskan dan dimansuhkan kerana ini salah satu beban pelajar setelah graduasi di pusat pengajian.Mari sama2 kita baca selanjutnya.....


SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) bertegas akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat.

Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff berkata, apa yang dilakukan PR bukanlah menghapuskan terus skim seperti PTPTN kerana menyedari anak golongan­ miskin masih memerlukan perbelanjaan untuk ke menara gading.

Menurutnya, oleh itu, PR akan merombak PTPTN jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara.

“Kita sudah membuat kira-kira, kerajaan sebenarnya mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat bawah hingga tertinggi.

“Kita tidak boleh bandingkan negara kita dengan negara maju di Eropah seperti Jerman yang menyediakan pendidikan percuma, tetapi kita boleh bandingkan dengan Turki di mana mereka mampu melakukannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, PTPTN bersifat amat menghukum kepada peminjam-peminjam contohnya seperti menyenaraikan hitam nama untuk ke luar negara dan memaksa pembayaran dibuat walaupun iklim ekonomi yang tidak menentu.

“PTPTN amat menghukum dan perlu dibatalkan. Oleh itu, kita akan rancang satu skim yang lebih membantu,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail pula menjelaskan permintaan untuk menukar PTPTN kepada biasiswa sebenarnya sudah lama dibuat, namun tiada perkembangan mengenainya.

Katanya, kerajaan sepatutnya sudah berjaya menyediakan pendidikan­ percuma kepada rakyat dengan kekuatan ekonomi sedia ada.

“Sebagai kerajaan, memang mereka wajib menyediakan pendidikan percuma seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," katanya.

Pada 14 April ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran menuntut pinjaman PTPTN dimansuhkan di Dataran Merdeka yang dijangka dihadiri 5,000 orang.

Sebelum itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, partinya akan menyokong tindakan pelajar yang akan berhimpun menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

Menurutnya, Pas juga akan menyokong tuntutan supaya hutang PTPTN yang ditanggung pelajar kini dihapus oleh kerajaan menjelang PRU13.

Katanya, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kerajaan sanggup menghapus kira pinjaman mudah yang diberikan kepada golongan korporat yang mempunyai kaitan dengan Umno. - Sinar Harian

Cara2 Untuk Burn Ps2 Games Into DVD


Hari ini saya ingin kongsi dengan anda bagaimana untuk burn ps2 games into DVD kosong. Mesti anda sume tertanya2 bagaimana. Kelebihannya anda tidak perlu lagi ke kedai ps2 untuk membeli dvd games ini. Anda cume perlu download file games2 ini di laman2 web dengan carian google.



Mula2 anda perlu mendapatkan software yang tertera seperti gambar di atas. Anda boleh download di SINI

Setelah download dan install software ini anda buka application software ini.


Lepas tu anda klik image burning wizard seperti tertera pada gambar di atas.






Pastikan anda memilih 4x speed dan option ps2. Dan pastikan game ps2 yang anda download itu dalam bentuk .iso

Selamat Mencuba!!!!!!!